View complete fotopage
|
|
| Saturday, 4-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | Bookmark |
|
Lawatan ke Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras pada 21 May
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
mari2 .. aiskrim2 ..
|
|
 |
|
inilah dia tauke ais krim alaf baru ..
|
|
|
|
|
|
 |
|
miss president pun bz makan aiskrim ..
|
|
|
|
|
 |
|
pemberian cenderahati kepada pengetua
|
|
|
|
 |
|
anding memberi khutbah .. eh .. memberi ucapan ..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
bersama kanak2 4 - 5 tahun
|
|
 |
|
melayan bebudak 4 - 5 tahun
|
|
 |
|
ros, anding n cikgu ..
|
|
|
|
PETIKAN MESEJ DR YAHOO! GROUPS ANDING_AF
Assalamualaikum semua,
Pertama sekali, kak Lis nak ucapkan setinggi-tinggi terimakasih pada
semua warga AFtC yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan untuk
charity drive yang dianjurkan oleh AFtC dengan membeli Calendar 2005
Anding dan barangan auction SSBA tempoh hari. Seperti yang semua
maklum, RM5 dari harga Calendar telah disalurkan untuk tujuan amal,
dan kami berjaya mengumpulkan sebanyak RM3000 bagi tujuan ini.
Semoga sumbangan yang tak seberapa ini dapat membantu serba sedikit
membeli barang2 keperluan anak-anak yatim di sana.
Jadi, kak Lis nak ambik kesempatan ini utk bercerita sedikit
pengalaman kami. Anding bersama pihak AJK AFtC serta Iqram telah
sama-sama pergi meraikan anak-anak yatim di Rumah Kanak-Kanak Tengku
Budriah (RKKTB), Cheras pada hari Sabtu lepas (21 May 2005). Mungkin
ramai yang bertanya kenapa RKKTB dipilih. Sebenarnya, Anding memilih
RKKTB sebab ada perasaan nostalgia dgn RKKTB ni. Dulu masa Anding
Form 1 sampai Form 4, Anding bersekolah di SMK Cheras. Masa tu,
ramai jugalah kawan2 Anding yang datang dari RKKTB. Sejak dari masa
tu lagi, Anding telah menanamkan semangat untuk membantu anak2 yatim
di sana sekiranya ada peluang yang mengizinkan bila dia dewasa
nanti, dan sekarang Alhamdulillah, Anding telah dapat pun menunaikan
niat murninya itu.
Atas permintaan Pengetua RKKTB sendiri, kami mengadakan lawatan ini
dalam majlis yang tertutup. Jadi pasal tu lah kak Lis pun tidak
mewar-warkan lawatan kami ini, dan cuma pihak AJK saja yang
mengiringi Anding ke sana bagi menghormati permintaan Pengetua
RKKTB. Antara barangan yang kami bawa bersama adalah barang2
keperluan dapur seperti beras, gula, Milo, biskut crackers, dan juga
barang keperluan bayi seperti diapers. Kami juga membawa pakaian,
barang mainan dan goodie bags, serta kuih-muih dan aiskrim Malaysia
untuk menjamu anak-anak yatim di sana.
Masa kami sampai tu, Pengetua RKKTB kebetulan pula tak sampai lagi.
Jadi kami pun terpaksalah menunggu utk seketika. So sementara nak
menunggu tu, kami sempat lah pergi menemu bual dgn anak-anak yatim
tu, dan beramah mesra dan bergambar dgn mereka. Diorang pun nampak
happy je dgn kunjungan kami.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari Anding. Anding sempatlah jugak
berpesan pada adik-adik kat situ supaya rajin2 belajar dan buktikan
kepada semua tentang kemampuan yang ada pada diri masing2 sebab ilmu
tu berguna utk hari depan. Pastu Anding pun nyanyi lah beberapa buah
lagu, lagu Pria Trehebat, Tekad, Khayalan. Masa Anding menyanyi,
Anding ajaklah adik2 ni naik ke atas pentas nari sama2 dgn Anding.
Pastu ramailah adik2 kecil dari lingkungan umur 3-5 tahun yang naik
tapi semua malu2 nak nari, tapi diorang golek2 je lah atas pentas
tu. Memang menghiburkan tengok telatah adik2 ni.. Pastu masa Anding
nyanyi lagu Khayalan tu, ada 4 orang adik-adik ni siap dah ada
kumpulan sendiri.. Siap buat breakdance lagi and steps diorang pun
hebat2 and synchronised je semua.. Memang dahsyat!! Sampai Anding
pun tak jadi nyanyi sebab seronok tengok gelagat bebudak tu.. Ada
juga dua adik perempuan kita yang turut menyumbangkan suara mereka
nyanyi lagu Bukan Cinta Biasa (Siti Nurhaliza) dgn lagu Erra Fazira
(tak ingat lagu apa). Dan semua yang naik stage masa tu dapatlah
cenderahati dari Anding..
Lepas performance dari Anding, Anding pun menyerahkan cek kepada
Pengetua RKKTB, Puan Hajah Ziton Uda. Pastu kak Lis pulak bagi
cenderahati sumbangan AFtC kepada Pengetua.
Bila dah selesai semuanya, kami pun distribute lah kuih-muih dan
aiskrim pada adik-adik kita tu. Diorang ni bagus, semua berdisiplin,
tak berebut2 pun.. semua beratur utk mendapatkan kuih muih tu sambil
bersalaman dgn Anding. Tapi yg klakarnya bila nak distribute aiskrim
Malaysia tu, memang kecoh sikit lah. Yalah, budak2 mana yang tak
suka aiskrim kan. Memang kesianlah Iqram sampai kena serbu dgn
bebudak masa tu. (Jgn tak tau.. Orang tua pun berebut nak aiskrim
gak.. Hehehe.. Aiskrim yang Ros buat memang sedap... siap ada 9
perasa berlainan lagi tu!!)
So sambil adik-adik tu duduk menikmati kuih-muih tu, adalah jugak
yang mengambil kesempatan utk mintak signature Anding. Dari topi, ke
tshirt, ke saputangan, semua nya dah ada signature Anding!!
Tapi di samping kemeriahan dan kegembiraan yang terlihat di wajah2
kanak-kanak tu, ada juga antara kami yang menitiskan airmata sebab
tak dapat menahan sebak, terutama melihat bayi kecil yang
ditinggalkan, yang cacat anggota dan kadang2 terbayang masa hadapan
mereka yang belum pasti. Memang memilukan.. Dan adik2 kecil yang
meminta diriba kerana mungkin tidak pernah mendapat peluang
tersebut, dan meminta utk menumpang kasih dgn kami, walaupun untuk
sedikit waktu, memang sayu dibuatnya.. Dan sedikit sebanyak,ia
memberi kesedaran kepada kita untuk terus bersyukur dengan apa yang
kita ada dan dgn apa yang telah dianugerahkan oleh Tuhan kepada kita
selama ini..
Kak Lis jugak nak berterimakasih pada semua yang terlibat utk
bersama-sama merealisasikan charity drive ni.. Semoga apa yang kita
lakukan ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
Dan utk Fir yang tidak dapat turut serta bersama kami di saat akhir
sebab urusan keluarga, kak Lis doakan agar ayah Fir cepat sembuh!
-kak Lis-
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|